Waddup !

My Photo
Shah Alam, Malaysia
The future depends on what we do in the present.

Tuesday, October 30, 2012

All-time favorite songs (Part II) ♥

Assalamualaikum w.b.t..

Hari tu dah pernah post pasal top 4 lagu yang memang saya minat giler ataupun lebih kurang dah melekat abis kat minda ni. Hari ni nak sambung lagi carta dengan the next 5 songs~

9. Block B - 눈감아줄께 (I'll Close My Eyes)



Tak banyak group hip hop yang berjaya menonjolkan diri disebalik Kpop group yang tak terkira jumlahnya. Yang saya (yg tak berapa into hip hop) kenal pon Epik High, Dalmatian, Leessang, Big Bang, Phantom, Supreme Team and Untouchable (err okay, baru sedar diri ni mcm minat hiphop je). Actually Block B ni of course banyak lagu genre hip hop but for some reason lagu ni saya suka dengar bila tengah nak rilek2.

8. Seo In Guk - 부른다 (Calling You)



Pemenang keseluruhan rancangan Superstar K yang boleh dikategorikan macam Akademi Fantasia kat sini so vokal dia memang mantaaaap walaupun lagu ni tak menunjukkan sangat power vokal dia. Seo In Guk ni tgh hot habis sebab populariti drama pertama dia, Reply 1997 (saya pon minat giler woo, sume wajib tengok!).

7. Super Junior - 진심 (All My Heart)



Antara group terawal saya minat time got into Kpop. Ingat lagi time sekolah rendah, gambar Eunhyuk sebesar fail asyik diheret ke mana-mana setiap hari haha. Dorg ni takyah kenalkan majoriti mesti kenal punye. Sume orang dok syok lagu Sorry, Sorry dorg, saya lagi minat lagu yang boleh dengar suara dorg nyanyi properly. Banyak kot lagu SJ yang saya minat tapi ni memang the top!

6. Taeyang - 웨딩드레스 / Wedding Dress



Yo, Big Bang's main vocal. Lagu-lagu solo dia sentiasa awesome tapi yang ni my favoriteee.

5. Dalmatian - Really Really



Lagu ni kalau terpaksa dengar satu hari pon takpe. So sweet and sedap didengar *-*

Perasan tak semakin lama semakin pendek description setiap lagu? Haha malas nak bebel panjang2 sebab kang tak pasal2 kena cop minah nerd Kpop == 6 days left sebelum perjuangan dengan kertas soalan SPM bermula >< Jom la study sambil dengar lagu yang boleh membakar motivasi tapi sape yang tak boleh study sambil dengar lagu tu nasib lerr. “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya" - (Sabda Rasulullah SAW)

Wallahuam.

Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum w.b.t..

Last time saya post new entry adalah 18 hari yang lepas. Sepanjang tempoh tu tak banyak pon benda berlaku.

8-16 Oktober
Cuti sempena Peperiksaan Menengah Rendah.

9 Oktober
Pergi library dengan Tina and Haziqah. Kebetulan jumpa ramai kawan sekolah termasuk Faiz, Imran, Syed, Nadia and budak2 kelas LK. Hari tu jugak kitorg prank seseorang tu tapi akhirnya kantoi jugak haha. Orang tu tau la dia sapekan.

12 Oktober
Hari ambik slip result trial hari tu tapi sebab kelam-kabut nak masuk Bengkel Sejarah yang diadakan pada hari yang sama, Mama just sempat ambik slip tu pastu balik. Ruginya rasa tak dapat jumpa cikgu2 subjek dengan Mama, dah la Mama susah nak jejakkan kaki kat sekolah. Selalunya Abah je datang ambik.

14 Oktober
Majlis aqiqah Faiqah. Sangat penat sebab masak sendiri so dari A-Z kena tolong Mama.

20 Oktober
Sambut birthday Mama yang sebenarnya 3 hari sebelum hehe. Sume busy punya pasal sambutan terpaksa ditangguhkan. Kitorg pergi makan dekat Wadihana Islamic Kitchen. Banyak sangaaaaat pilihan makanan sampai pening nak pilih @@ Last-last makan set Chicken Teppanyaki. Jenuh jugak makan pakai chopstick tapi lapar punya pasal, belasah je.

25 & 26 Oktober
Cuti Hari Raya Aidiladha

Saya ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha and selamat perjalanan balik ke kampung dan kembali ke rumah :D "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." - (Riwayat Imam Tirmizi dan Al-Hakim)

Wallahualam.

Sunday, October 7, 2012

Weekend trip

Assalamualaikum w.b.t..

Abah ada meeting kat Melaka pada hari Jumaat lepas so plan asal malam Khamis dah gerak ke sana but malam tu jugak ada majlis solat hajat untuk pelajar PMR & SPM so Abah tangguhkan pagi Jumaat baru gerak. Kebetulan plak hari Jumaat tu kitorg dah start dicutikan untuk persediaan PMR kalau tak ponteng sekolah sehari haha. Saya ni terpaksa ikut je sebab takde orang kat rumah nak jaga sobs. So Jumaat tu gerak ke UiTM Kuala Pilah sebab Abah ada meeting kat situ then baru ke meeting yang kat Melaka. Before Abah pegi meeting, kitorg check-in masuk Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh. Satu hari tu saya ngan Mama tak keluar langsung dari bilik hotel. Esoknya, pagi tu Abah ada informal meeting ngan kawan dia so saya kill time ngan melepak kat Surfer Space aka tempat yg ada wifi sambil study. Then, Abah bawak pegi Under Water World kat Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Actually ni dah kali ke-5 melawat Melaka -- tiga kali ngan family + dua kali ngan rombongan sekolah so tempat-tempat kat situ pon dah hafal. Saya boleh tunjukkan jalan untuk parents lagi haha. Entrance fee untuk Under Water World tu RM30 untuk adult. Masuk2 je ada area untuk pegang sendiri hidupan laut tapi tak berani derr.

"Nemo" atau nama asal dia clownfish
Penyu yg dikatakan tercantik di dunia
Abah & Mama
Lepas keluar dari situ, pergi makan kat area Pahlawan Walk then bertolak balik. Singgah rumah nenek kat Hulu Langat jap tanya khabar barulah sampai rumah around pukul 10 malam. "Barangsiapa ketika paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan semua pintu syurga. Sebaliknya jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa. Nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka." - (Sabda Rasulullah SAW)

Wallahualam.